Sunday, 10 September 2017

JADUAL PROGRAM

WAKTU
PROGRAM
8AM
SEMUA PELAJAR BERKUMPUL DI POLITEKNIK METRO
8:30
BERGERAK DARI PMJB KE MUZIUM TOKOH JOHOR
8:45A.M
TIBA DI MUZIUM TOKOH JOHOR (BUKIT SENYUM)
9A.M
DIBERI TAKLIMAT OLEH WAKIL PENSYARAH TENTANG TUGASAN
9:30A.M
TAKLIMAT DARIPADA PIHAK PENJAGA MUZIUM KEPADA PELAJAR TENTANG BUKIT SENYUM
10A.M
PELEPASAN MENCARI BAHAN DAN MAKLUMAT TOKOH
11:30A.M
BERGERAK DARI MUZIUM TOKOH JOHOR KE KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR
11:45A.M
REHAT
12:30P.M
DIBERI PELEPASAN MASUK KE KOMPLEKS UNTUK MENCARI MAKLUMAT WARISAN JOHOR
1:00P.M
BERGERAK KEBAHAGIAN PESURATAN DAN SEJARAH YAYASAN WARISAN JOHOR UNTUK MENCARI MAKLUMAT TENTANG TOKOH YANG DIPILIH
                                 1:30P.M          
BERGERAK BALIK KE POLITEKNIK METRO JOHOR

Sunday, 3 September 2017

PAKAIAN TRADISIONAL JOHOR


- Baju Riau
Image result for baju riau johor

Baju berbelah ini seakan-akan kebaya
pendek. Baju Riau juga disebut 'Engku
Puteri atau Raja Hamidah' puteri pada
Raja Haji iaitu Yang Dipertuan Muda Riau
yang kelima dari keturunan Bugis. Pada
umumnya baju traisional melayu untuk
kaum laki-laki biasanya dilengkapi dengan
kain Songket.

- Baju Belah Kebaya Panjang
Image result for baju belah kebaya panjang johor
Walaupun wanita Johor terkenal dengan
baju kurung, tetapi dalam acara majlis,
mereka muncul juga dengan memakai
kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan
Johor-Riau.
Pola baju belah panjang ini masih bersifat
‘mengurungkan’ anggota badan. Secara
tradisi potongannya labuh sehingga buku
lali. Cuma bezanya ia berbelah dan
berpesak di hadapan baju ini, umumnya
dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau
upacara rasmi. Baju belah panjang ini
terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan
Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini
kemudiannya dikenali sebagai ‘baju
panjang’ dan ‘kebaya panjang’. Tradisi ini
berkembang menjadi kebaya dan
bertangan panjang berpesak lurus di
hadapan, berkekek dan berbelah dada
yang ditutup dengan kancing atau
kerongsang tiga.

- Baju Melayu Cekak Musang
Image result for baju cekak musang johor
Istilah ini berhubung langsung dengan
pola lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’
tinggi atau leher tegak empang leher.
Pengertian ‘cekak musang’ merakamkan
imej alami untuk leher baju yang
bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari
leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran
(bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain
yang bertemu hujungnya. Baju ini mula
dipakai di Johor ketika pemerintahan
Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

- Baju Teluk Belanga
Image result for baju teluk belanga johor
Baju ini mula di perkenalkan di Teluk
Belanga, Singapura dan tersebar luas
sebagai ciri khas johor khususnya pada
abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis
pakaian lelaki yang dikatakan telah direka
oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866
untuk meraikan perpindahan ibu negeri
Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke
Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah
ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat
Melayu hingga disebut selengkapnya ‘Baju
Melayu.


Wednesday, 23 August 2017

SEJARAH JOHOR

Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bentan di Johor. Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II, anakanda Sultan Mahmud Shah, Melaka pada tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ini ialah Johor, Riau, wilayah yang terbentang dari Sungai Klang hingga ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu Pahat, Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu serta Kabupaten Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak di Sumatera.[1][2]

Pada tahun 1946, negeri Johor menjadi sebahagian daripada Malayan Union. Dua tahun kemudian, Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya persekutuan Malaysia pada tahun 1963.


SENARAI NAMA MENTERI BESAR JOHOR

1
1886 - Julai 1920
-
2
Julai 1920 - 1922
-
3
September 1923 - 1928
-
4
16 September 1928 - 23 November 1931
-
5
23 November 1931 - 28 Disember 1934
-
6
April 1935 - 1 Jun 1947
-
7
1 Jun 1947 - 18 Mei 1950
-
8
20 Februari 1952 - 5 Jun 1955
-
9
1 Oktober 1955 - 16 Jun 1959
-
10
27 Jun 1959 - 31 Januari 1967
11
Februari 1967 - April 1982
UMNO
12
29 April 1982 - 12 Ogos 1986
UMNO
13
12 Ogos 1986 - 3 Mei 1995
UMNO
14
3 Mei 1995 - 3 April 2013
UMNO
15
8 Mei 2013 - kini
UMNO

 



TOKOH YANG DI PILIH

1931- 1934 : Dato’ Abdul Hamid Bin Yusuf - Menteri Besar Johor Ke 5


Dato’ Abdul Hamid Bin Yusuf dilahirkan pada 17.10.1876. Bermula karier beliau sebagai Prebet di dalam Pasukan Askar. Kemudian beliau telah dinaikkan pangkat ke Lans Koperal (1894), Koperal (14 April 1894), Bateri Sarjan (20.1.1895). Beliau memegang jawatan Kapten dalam tahun 1905 dan kemudian dinaikan pangkat Major. 

Beliau memegang jawatan Leftenan Kolonel dalam tahun 1920. Pada tahun 1931 beliau telah dilantik sebagai Ahli Jemaah Menteri dimana beliau menggantikan Dato’ Musthapa Bin Jaafar pada 23.11.31. Beliau meninggal dunia pada 28.12.1934.

SUMBANGAN

Beliau yang pernah menjadi pemerintah tentera di muar, mendapat penghargaan Menteri Jajahan Takluk British kerana jasanya dalam Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1920, beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.


PENGALAMAN DI MUZIUM TOKOH



JADUAL PROGRAM

WAKTU PROGRAM 8AM SEMUA PELAJAR BERKUMPUL DI POLITEKNIK METRO 8:30 BERGERAK DARI PMJB KE MUZIUM TOKOH ...